Memperkasa Bisnes SME sebagai Rakan EasyStore
Bergabunglah bersama kami dalam merevolusikan kedua-dua ecommerce dan runcit. Disesuaikan untuk Coach Bisnes, Digital Marketer dan Komuniti Leader.
Jadilah Rakan EasyStore Harini
Rakan yang Kami Hargai
Coach Bisnes dan Digital Marketer
-
Memperkasakan Klien Anda
Luaskan pengaruh anda dengan memperkenalkan dan membimbing mereka melalui platform bersatu yang menghubungkan ecommerce dengan kedai fizikal, acara pop-up, bazar, dan lain-lain.
-
Insights Strategik
Gunakan analitik EasyStore untuk mendapatkan insights yang berharga mengenai tingkah laku pembeli di pelbagai saluran jualan. Persiapkan klien anda dengan strategi berasaskan data yang sesuai untuk pelbagai persekitaran membeli-belah.
-
Berkembang Bersama
Anda menjadi sebahagian daripada komuniti yang berdedikasi kepada inovasi bisnes di Malaysia. Kami komited untuk bekerjasama bagi meningkatkan perkembangan bisnes anda, sokongan, latihan, dan sumber daya.
Rakan yang Kami Hargai
Komuniti Leaders
-
Memperkasakan Komuniti Anda
Perkenalkan platform perdagangan serba boleh yang dapat merevolusikan cara interaksi komuniti anda dengan perniagaan dan kekal kompetitif.
-
Akses Sumber & Sokongan
Dapatkan akses ke bahan pemasaran, sumber, dan pasukan sokongan khusus untuk membantu anda dalam mempromosikan platform dalam komuniti anda. Kami di sini untuk membantu anda.
-
Peluang Kerjasama yang Fleksibel
Sama ada anda menganjurkan acara, membekalkan barang, atau mengurus komuniti dalam talian, partner program kami menawarkan fleksibiliti dalam cara anda memilih untuk berkolaborasi.
Apakah Manfaat yang Anda Peroleh?>
Penawaran Perkhidmatan yang Lengkap
Platform kami lengkap dan merangkumi segala-galanya dari pengurusan inventori hingga analitik, sesuai untuk kedua-dua format dalam dan luar talian. Ini membantu anda menawarkan rangkaian solusi yang lebih luas, dengan menekankan pada Unified Customer Experience kepada klien anda.

Luaskan Jangkauan Klien
Manfaatkan EasyStore untuk membantu klien anda menembusi pasaran baru dan segmen pelanggan. Platform kami direka untuk mengintegrasikan saluran penjualan dalam dan luar talian dengan lancar, membolehkan klien anda mendekati pelanggan di mana saja mereka berada – dari kedai digital hingga pasar tempatan.

Tingkatkan Pendapatan Anda
Nikmati struktur komisen dari setiap langganan klien yang anda perkenalkan. Seiring dengan perkembangan dan kejayaan klien anda menggunakan platform kami, begitu juga potensi anda untuk meningkatkan pendapatan.
